Saturday, March 20, 2010

WeLcOmE !!!

Selamat datang saya ucapkan,
Kepada Riha rakan kesayangan,
Ke SEMASHUR sekolah impian,
Mogan tenang dalam kehidupan


(boria serangkap ciptaan saya)

Ooop ooop ooop. Jangan menyimpang tajuk. Okey-okey straight to the point. Saya sebenarnya tulis entri ni untuk Cik Riha. Actually, I want to congrats her sebab dapat pergi SEMASHUR. Although 2nd intake, sama je ngan 1st intake.

Cik Riha sekarang ni tengah kemas-kemas barang nak pergi SEMASHUR. Okey, continue with the work. Tak nak kacau.

Salam
(Psst, pendek giler kan entri kali ni?)

Friday, March 12, 2010

Belang-belang

Belang-belang, macam kuda belang.

Itu saya.


Asbab oleh aktiviti sukan kat sekolah, muka saya dah berbelang. Acara sukan pulak taraf olimpik, 3 hari berturut-turut!!! Ni, kalau tak belang gerenti nyorok kat mana-mana pokok atau longkang ni. walaupun tak masuk apa-apa acara, tetapi sebagai penyokong setia homeroom al-kindi, saya dengan paksarela menyokong penuh semangat para pelari al-kindi. Siap lari bawa bendera lagi, bagus tak??? (Okeh, 2 soalan retorik, x yah jawab. Saya tau saya bagus, hehehe). Selain tu, saya turut menjadi supplier terbesar air mineral Sea Master. Sekali sukan, 5 botol bawak. Mana taknya, orang pengsan + haus + penat + pitam berapa ramai?


Waktu kawan saya, Raida lari 400 m, saya sokong. Tunggu kat 100 meter terakhir sambil pegang bendera al kindi dengan semangat paksarela yang berkobar-kobar. waktu Rai sampai je kat saya, terus lari sebelah-sebelah. Siap cheers kat dia lagi. Lastnya, dia dapat no 1, terer tak???Sampai je kat garisan penamat, dia dah krem kaki. Saya yang duduk kat sebelah dia dengan penuh gaya amaturnya membetulkan urat saraf dia yang terkehel lagi terkepeleot tuh. Rai meraung tengok saya betulkan kaki dia, sebab ada gaya serial killer. Hehe, bab menakutkan orang ni, saya memang expert.


Tapi sayang, takder gambar yang menarik nak kongsi. Yelah, cheerleading mana bawak kamera kan? Gambar yang terakam kat memori otak adalah. Hari last sukan, Kitorang buat besar-besaran. Tema sukan tahunan kali ni ialah retro 60an (perasan tak, macam tema Raja Lawak minggu keberapa tah). Even kawad pun retro. Siap ada lagu Stayin' Alive waktu formasi lagi. Warna pulak, bling-bling sampai berpinar nak pandang. Very the best lah sukan kat SEMASHUR ni. Best giler. Sebelum ni kat SKBS, tiap-tiap tahun ponteng Hari Sukan. Tahun ni, NO EXCUSE. WAJIB pergi. WAJIB hadir walau jadi cheerleading tak bertauliah. Dah takde surat mc palsu nak tunjuk kat cikgu kalau terkantoi skip Hari Sukan. Penat sebenarnya Hari Sukan ni, balik-balik dorm je pengsan semua.


Although homeroom kindi kalah dengan al farabi, kitorang tetap gagah (gagah ke?) dengan meraih tempat kedua untuk homeroom terbaik. Khemah al kindi yang bertemakan 60's lounge pulak dapat tempat ketiga kategori khemah tercantik.

Setakat ni je lah saya merapu, kalau saya rajin, kita kongsi lagi ye. Bubbye!!!

Monday, February 15, 2010

No Title

Ok, memandangkan kerja-kerja membersihkan blog sudah selesai, nampak terang sikit blog ini. Oleh itu, kita kena berehat, dengan cara cuci-cuci mata tengok grafik terbaru. So, kat bawah ni, adalah sikit, maybe tak yang terbaru, tapi tersweet pernah sayajumpa.

Love Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Quotes Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Quotes Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Friends Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Friends Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Friends Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Friends Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Friends Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Friends Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Friends Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Friends Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Friends Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Ok-ok, cukuplah tu. Dah, pergi baca buku. Periksa dah nak dekat. *tiba-tiba
Wassalam.

Menengah Kembali

Fuhh! Fuhh! Fuhh!

Woh, dah berhabuk rupanya blg ni. wah, sarang labah-labah pun ada, maklumlah dua minggu tak update. Entri-entri semuanya sunyi sepi sejak dua minggu lepas. Mana aci ni, matlamat nak buat 50 entri setahun tak tercapai nanti.

Ehh, stop-stop membebel. Nanti bog yang sudah usang lagi bersawang ni sesak pulak dengan bebelan tuannya yang tak henti-henti. Dahlah pakai spek, berleter pulak macam mak nenek, berbakat jadi orang tua sebelum usia. Ohh, tidak-tidak, tak nak berleter, berleter jugak.

Ok betul-betul fullstop. Fullstop. Wah, sebenarnya ada banyak story nak mory sepanjang dua minggu tak update ni. Tapi disebabkan otak dah terlalu sesak, terus tak ingat nak cerita apa. Maklumlah, tua sebelum usia, nak buat macam man, kan??

Takpe, setakat ni jer saya membebel nanti kalau saya rajin untuk membebel dan menyerabutkan kepala otak anda semua, saya update blog saya lagi yer.

Cupp, cupp sebelum tu, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Cina *tiba-tiba. Takder kena-mengena entri membebel ngan tahun baru Cina?? Oleh sebab saya nak ingat balik ceritera yang nak diceritakan, maka saya harus tidur untuk mengaktifkan sel neuron saya.

K, takpe, assalamualaikum.

Friday, January 29, 2010

Surat Untuk PM

Ya, saya sedang menulis surat untuk beliau.

Untuk makluman anda, saya, serta semua pelajar SEMASHUR DIWAJIBKAN untuk menyertai pertandingan menulis surat untuk Perdana Menteri, Dato' Seri Najib.Walaupun pada mulanya saya malas, berat tulang lagi berat badan untuk menulis surat tersebut, saya terpaksa merelakan hati memaksa diri menulis surat tersebut. Sebabnya, hadiahnya SANGAT-SANGAT lumayan.

Nak tahu apa hadiahnya?

Entah saya pun tak ingat, tapi hadiah utamanya ialah;

~Komputer riba
~Wang tunai RM5000 (kalau salah, i'm sorry, sebab ingat-ingat lupa je sebanarnya)
~Baucar buku
Dan lain-lain lagi.

Wah, kalau saya menanglahkan (diulangi, kalau, kalau, kalau, dan kalau lagi) mesti best gila. Tak payah share laptop lagi (nada selfish dalam ayat tu), boleh main laptop sesuka hati, tak perlu booking line laptop yang asyik diconquer angah. Eeeii, bestnya. Best gila.

Jadi, kalau anda semua baik hati, doakanlah saya menang pertandingan tersebut.
AMIN.

Suara Siapa Lagi Sumbang?

Ok, ni ada satu soalan;

Suara siapa lagi sumbang, saya ke katak?

Ok, suara katak lagi sumbang. Suara saya taklah seteruk tu meskipun boleh memecahkan gegendang telinga sesiapa yang mendengarnya.

Hm, straight to the point. Nak tau kenapa saya tanya soalaan ni? Sebab saya pengurus/ ketua/tukang sibuk untuk pertandingan nasyid antara form PPIM. Ye, dan siapa yang melantik saya sangat kurang waras kerana saya langsung tak tahu nasyid.

Oleh itu, kitorang(saya and the PPIM gang) curi-curi cari lagu Sumaiyah kat cc aspuri. Cheh mahal betul. 1 jam = 2 ringgit = Saya pokai.

Sekarang ni, saya tengah mengaktifkan sel-sel neuron dan urat saraf saya yang mc 2 bulan sepanjang tak sekolah untuk hafal lagu Sumaiyah tu. Nak tahu tak liriknya?

SUMAIYAH

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah.

Sedap kan lirik dia? Tengokla sapa yang pilih, hehehe. K, salam.

Thursday, January 28, 2010

Saya SUKA Balik Rumah

Assalamualaikum semua.

Apa khabar, sihat?
(Kenapa ayat kat atas macam ayat ucapan guru kat perhimpunan?!!)

Sayangilah rumah anda!!

Ya betul! Sayangilah rumah anda, baiti jannati, sebabnya kalau duduk kat asrama, homesick akan wujud dan menyerang diri anda macam kanser(eh, apsal tulis macam artikel kesihatan?). Oh, saya mengaku, saya homesick dan internetsick. Penat gila kalau first week, takde rest langsung, especially kalau dah lights off, dan tak salin jadual lagi, terpaksalah guna lampu suluh kecil yang guna bateri saiz aaa nak salin jadual. Dengan loker yang tak berapa nak besar tu, mahunya terhantuk, teraccident dengan segala harta benda saya yang banyaknya taraf nak pindah rumah.

Lepas itu, kerja rumah pun banyak, tapi normallah kan, kalau tak banyak bukan sekolah namanya. Penat, mengantuk waktu prep, boleh tertidur. Penatnya!!! Jadi peluang duduk kat rumah ni, sepatutnya dimanfaatkan dengan



TIDUR!!!


kan, betul tak? Tak termasuk lagi aktiviti kawad kaki yang mendera diri, mental, fizikal, hati. Segalanya terdera, dari hujung rambut hujung kaki. Penat, penat, penat dan penat lagi.

Tapi kan, tak semua yang pahit tak elok, kan??? Duduk kat asrama ni pun best jugak. Especially bila dapat jadi ketua Form 1 pelajar puteri. Rasa macam tuan mandur pulak, hehehe. Minggu depan ada hari aspuri, 8.30 malam sampai 11.30 malam. Ada persembahan kebudayaan, barbeque, persembahan ngan macam-macam lagi. Temanya pulak pyjamas party. jadi malam tu, kitorang pakai baju tidur lah buat persembahan.

Selain tu, waktu kat kelas, kawan-kawan semuanya sporting gila. Bestfriend saya kat SEMASHUR ni namanya Izza Athirah, budak Putrajaya kat sana. Izza ni baik, lembut ngan pendiam. Tak macam saya, kejam, ganas lagi bising. Hahaha. Budak-budak lelaki pulak semuanya tak berapa nak betul, semuanya gila-gila. Ada kembar dalam kelas 1 Amal(kelas pertama tau), namanya Azim ngan Azam, duduk dekat Lembah Beringin.

Lagi satu, saya dah ubah penampilan. Saya sekarang dah pakai tudung labuh ngan handsock sepenuh masa!!! Kalau dulu pakai handsock jer, tudung tak lah labuh sangat, walaupun masih menutup aurat. Kali ni, sapa-sapa bekas pelajar SK Bukit Sentosa yang terjumpa ngan saya, mesti kata saya ni ustazah. Hahahaha. Nak tengok gambar taak??? Takpe, nanti kalau saya rajin sepanjang 2-3 hari ni, saya upload gambar.

Lagi satu, ada siapa-siapa tak pernah dengar pasal SMS Hulu Selangor? (ceh, kat hujung entri baru nak cerita pasal sekolah) Oklah, SMS Hulu Selangor(SEMASHUR) ni sebenarnya sekolah baru, bukak pada tahun 2000. saya batch kesepuluh kat sekolah tu.
Although sekolah ni sekolah baru, sekolah ni boleh kata aktif dalam macam-macam pertandingan. Even kawad kaki yang mendera diri PPIM pun pergi peringkat negeri tahun lepas.

Ok-lah cukup dah saya merepek. saja je nak lepas gian main komputer. Hehehehe.
Assalamualaikum

My FaV QuOtEs

We learn wisdom from failure much more than from success. We often discover what we will do, by finding out what we will not do. And probably he who never made a mistake never made a discovery.

- Samuel Smiles

NeVeR a PeRfEcT GiRl